Isnin, 14 Disember 2015

WAHAI MAMBANG UDARA!! KEJAP PANAS..KEJAP SEJUK..

Hello!!Hari nie saya kembali dengan eksperimen yg amat menarik!!Hari nie kita akan mengkaji tentang udara..ok, macam biasa sebelum kita mulakan eksperimen..mestilah kena jawab soalan saya dulu...    *Soalannya: Apabila panas, udara mengembang..Apabila sejuk, apa yg berlaku??Senangkan soalan kali nie..PANAS=Mengembang.. SEJUK=???..Mengembang lawannya MENGECUT..Itula jawapannya..Eksperimen kali nie kita akan lihat udara mengecut!!Tapi..macamana kita nak lihat udara mengecut, udara pun kita tak boleh lihat...inikan pulak nak tgk udara mengecut..Betul tak??Memangla dri segi logiknye mmg tak blh nk tgk udara tu mengecut..tp apabila udara mengecut ia  meninggalkan kesan kpd objek lain..so,kita blhla lihat..Jadi sekarang,,bersiap sedia dengan "Kot makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!!Mari kita mulakan eksperimen!!      Mula-mula,anda perlukan bahan-bahan mengikut gmbr yg  tertera di bawah :*Botol plastik kosong(dengan penutup).*Beg plastik.*Benda yg berat(seperti kayu penggelek roti).*Beberapa kiub ais.. Itu sahaja!!.'  


Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Masukkan kiub-kiub ais ke dalam beg plastik.


Langkah kedua: Tumbuk kiub-kiub ais menggunakan benda yg berat hingga menjadi ketulan-ketulan kecil.



Manakala,langkah ketiga pula ialah: Masukkan ketulan-ketulan ais tadi ke dalam botol plastik dan ketatkan penutupnya.


Setelah korang lakukan langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4: Goncang botol beberapa kali dan letakkan di atas permukaan rata. Biarkan seketika.
( Lengan adik saya..Dia excited nak menggoncang,,hehe)


APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..





WOW!!BOTOL ITU MENJADI KEMEK!!


Mengapa botol plastik itu mengemek??


Ini adalah kerana udara yg berada di luar menolak dinding luar botol ke dalam. Ketulan-ketulan ais di dalam botol menyejukkan udara dan menyebabkan ia mengecut. Tekanan udara di dalam botol menjadi kurang. Tekanan udara di luar botol yg lebih kuat menolak dinding botol hingga kemek ke dalam..


Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan