Hello, buat kali yg ke-2!Di sini saya nak
tunjukkan pada kawan-kawan semua tentang eksperimen sains yang baru sahaja saya
buat sebentar tadi..Hope u guys like it!!
*Satu soalan sebelum saya tunjukkan eksperimen tersebut..Soalannye: "Bolehkah klip kertas terapung di atas permukaan air?? " Saya pasti jawapan yg berada di minda anda adalah TIDAK sama sekali!! Memangla,dri segi logiknye, klip kertas diperbuat drpd besi..So, mestilah tak terapung!!Tetapi..di dalam eksperimen ini saya akan buktikan bahawa klip kertas itu sebenarnye boleh terapung!!So, bersiap sedia dengan "Kot makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!!Mari kita mulakan eksperimen!! Mula-mula,anda perlukan bahan-bahan mengikut gmbr yg tertera di bawah :*Bekas berisi air paip.*Tisu dapur.*Gunting.*Klip kertas.*Pensel. Itu sahaja!
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat
eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1)Potong secebis
kertas dapur berukuran 2x5 cm dengan gunting.
Langkah kedua: Ambil
bekas yg berisi air dan jatuhkan tisu dapur yg telah digunting td ke permukaan
air dengan berhati-hati.
Manakala,langkah ketiga pula ialah: Letakkan klip kertas secara melintang
di atas tisu dapur tersebut dengan perlahan-lahan.
Setelah korang lakukan
langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4:Gunakan pensel untuk menekan
tisu dapur perlahan-lahan sehingga ia tenggelam.
Untuk mengetahui apa yg
terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!!KLIP KERTAS ITU TERAPUNG!!
Mengapa klip kertas itu terapung?
Ini adalah kerana permukaan air berada
dalam keadaan tegang. Keadaan tersebut berupaya menolak klip kertas ke atas.
Daya yg boleh mengapungkan objek kecil dan ringan dipanggil TEGANGAN PERMUKAAN.
Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari
ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah
mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye
di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan