Jumaat, 18 Disember 2015

UDARA... DI MANAKAH ENGKAU??

Hello!! Kali nie saya kembali dengan eksperimen udara lagi..  Orait.. Macam biasa, sebelum kita mulakan eksperimen kenala jawab soalan saya dulu..Soalannya..         

* Bekas yg kosong jangan disangka tiada apa-apa. Betulkah?? Mesti korang semua fikir salah kan.. Dari segi logiknye bekas dah kosong, kosongla kan..Mana ade apa-apa pun..Tapi jawapan sebenarnya ialah betul!!Walaupun bekas tu kosong tapi ianya mengandungi udara! Ini adalah kerana salah satu sifat udara ialah memenuhi ruang..Walaupun ia tidak boleh dilihat, tetapi udara sebenarnye ada. Kita ada cara untuk mengetahui kehadirannya. So, bersiap sedialah dengan "Kot Makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. Sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!! Mari kita mulakan eksperiman!!       Mula-mula, anda perlukan bahan-bahan mengikut gambar yg tertera di bawah:* Besen yg dipenuhi air. *Gelas yg lutsinar. *Sapu tangan kecil. Itu sahaja!! 


Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Letakkan sapu tangan pada dasar gelas lutsinar. Pastikan sapu tangan melekat kukuh di dasar gelas.


Langkah kedua: Telangkupkan gelas dengan mulutnya ke bawah.




Manakala, langkah ketiga pula ialah: Masukkan gelas ke dalam air dan tekan perlahan-lahan ke bawah hingga mulutnye mencecah dasar besen. Biarkan seketika.



Setelah korang lakukan langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4:  Keluarkan cawan daripada air dengan mulutnya masih menghadap ke bawah.

APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..


WOW!! SAPU TANGAN ITU MASIH KERING!!

Mengapa sapu tangan itu masih kering walaupun telah dimasukkan ke dalam air??


Ini adalah kerana ada udara di dalam gelas tersebut. Udara menghalang air masuk ke dalam gelas dan membasahi sapu tangan.Hebat kan udara nie..


Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan