Sabtu, 19 Disember 2015

PEPEJAL AIR DIKENALI SEBAGAI APA?

Hello!!Hari nie saya kembali dengan eksperimen yg menarik!! Ok, eksperimen kali nie bukan tentang udara lagi dah..Kali nie kita akan bereksperimen dengan air!!Orait, sebelum kita mulakan eksperimen, macam biasa kenalah jawab soalan saya dulu!! Soalannya: * Adakah saiz air akan bertambah atau berkurang atau sama apabila disejukkan?? Saya tau.. Mesti jawapan yg korang semua terfikir adalah sama kan..Contohnye.. kita bekukan air sebanyak 500 ml contoh..takkan  bila dah beklu jadi 600 ml pulak??tapi, jawapan sebenarnya BERTAMBAH!! Untuk mengetahui kenapa isipadunya bertambah, kita kenalah lakukan eksperimen!!So, bersiap sedialah dengan "Kot Makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. Sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!! Mari kita mulakan eksperiman!!       Mula-mula, anda perlukan bahan-bahan mengikut gambar yg tertera di bawah: * Peti sejuk.* Bekas panjang beserta penutupnya.  * Air paip. Itu sahaja!



Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Isikan air ke dalam bekas sehingga penuh.


Langkah kedua; Letakkan penutup di mulut botol (jangan ketatkannya pada mulut botol).


Manakala, langkah ketiga pula ialah: Masukkan bekas beserta penutupnya tadi ke bahagian "sejuk beku" peti sejuk. Tunggu beberapa jam sehingga air di dalam botol itu membeku.


APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..


WOW!AIS ITU NAIK MELEBIHI MULUT BEKAS DAN MENOLAK PENUTUP ITU!!

Mengapakah ais itu melebihi bekas & menolak penutup itu?
  

Ini adalah kerana apabila air menjadi ais, ia memenuhi ruang yang lebih besar. Maksudnya, apabila air bertukar menjadi ais, ia akan membesar sedikit. Jadi sebab tulah dia naik ke atas.So, inilah jawapan untuk soalan di awal tadi!!


Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan