Hello!!Hari nie
saya kembali dengan eksperimen yg menarik!! Ok, eksperimen kali nie bukan
tentang udara lagi dah..Kali nie kita akan bereksperimen dengan air!!Orait,
sebelum kita mulakan eksperimen, macam biasa kenalah jawab soalan saya dulu!!
Soalannya: * Adakah saiz air akan bertambah atau berkurang atau
sama apabila disejukkan?? Saya tau.. Mesti jawapan yg korang semua terfikir
adalah sama kan..Contohnye.. kita bekukan air sebanyak 500 ml contoh..takkan
bila dah beklu jadi 600 ml pulak??tapi, jawapan sebenarnya BERTAMBAH!!
Untuk mengetahui kenapa isipadunya bertambah, kita kenalah lakukan eksperimen!!So, bersiap sedialah
dengan "Kot Makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda..
Sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!! Mari kita mulakan
eksperiman!! Mula-mula, anda perlukan bahan-bahan mengikut
gambar yg tertera di bawah: * Peti sejuk.* Bekas panjang beserta penutupnya. * Air paip. Itu
sahaja!
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat
eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Isikan air ke
dalam bekas sehingga penuh.
Langkah kedua; Letakkan
penutup di mulut botol (jangan ketatkannya pada mulut botol).
Manakala, langkah ketiga pula ialah: Masukkan bekas beserta penutupnya
tadi ke bahagian "sejuk beku" peti sejuk. Tunggu beberapa jam
sehingga air di dalam botol itu membeku.
APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!AIS ITU NAIK
MELEBIHI MULUT BEKAS DAN MENOLAK PENUTUP ITU!!
Mengapakah ais
itu melebihi bekas & menolak penutup itu?
Ini adalah kerana
apabila air menjadi ais, ia memenuhi ruang yang lebih besar. Maksudnya, apabila
air bertukar menjadi ais, ia akan membesar sedikit. Jadi sebab tulah dia naik
ke atas.So, inilah jawapan untuk soalan di awal tadi!!
Jadi,itu sahaja
eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu
rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade
soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!