Hai!apa khabar pembaca-pembaca blog My Science lab?Harapnyer sihat2 aje.heheh..sorry for update yang sangat lambat..saya kebelakangan ni makin busy..saya tengok last saya publish eksperimen pon bulan 12 lepas..wow..hampir separuh tahun saya tak tulis..hahah..sapa sangka kan..baiklah,saya akan buat eksperiman baru dalam masa terdekat ni ye..bye!
My Science Lab
Siapa kata Sains itu membosankan? Saya akan membuktikan bahawa Sains itu sebenarnye sangat menyeronokkan!!
Isnin, 29 Mei 2017
Sabtu, 19 Disember 2015
PEPEJAL AIR DIKENALI SEBAGAI APA?
Hello!!Hari nie
saya kembali dengan eksperimen yg menarik!! Ok, eksperimen kali nie bukan
tentang udara lagi dah..Kali nie kita akan bereksperimen dengan air!!Orait,
sebelum kita mulakan eksperimen, macam biasa kenalah jawab soalan saya dulu!!
Soalannya: * Adakah saiz air akan bertambah atau berkurang atau
sama apabila disejukkan?? Saya tau.. Mesti jawapan yg korang semua terfikir
adalah sama kan..Contohnye.. kita bekukan air sebanyak 500 ml contoh..takkan
bila dah beklu jadi 600 ml pulak??tapi, jawapan sebenarnya BERTAMBAH!!
Untuk mengetahui kenapa isipadunya bertambah, kita kenalah lakukan eksperimen!!So, bersiap sedialah
dengan "Kot Makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda..
Sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!! Mari kita mulakan
eksperiman!! Mula-mula, anda perlukan bahan-bahan mengikut
gambar yg tertera di bawah: * Peti sejuk.* Bekas panjang beserta penutupnya. * Air paip. Itu
sahaja!
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat
eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Isikan air ke
dalam bekas sehingga penuh.
Langkah kedua; Letakkan
penutup di mulut botol (jangan ketatkannya pada mulut botol).
Manakala, langkah ketiga pula ialah: Masukkan bekas beserta penutupnya
tadi ke bahagian "sejuk beku" peti sejuk. Tunggu beberapa jam
sehingga air di dalam botol itu membeku.
APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!AIS ITU NAIK
MELEBIHI MULUT BEKAS DAN MENOLAK PENUTUP ITU!!
Mengapakah ais
itu melebihi bekas & menolak penutup itu?
Ini adalah kerana
apabila air menjadi ais, ia memenuhi ruang yang lebih besar. Maksudnya, apabila
air bertukar menjadi ais, ia akan membesar sedikit. Jadi sebab tulah dia naik
ke atas.So, inilah jawapan untuk soalan di awal tadi!!
Jadi,itu sahaja
eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu
rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade
soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!
Jumaat, 18 Disember 2015
UDARA... DI MANAKAH ENGKAU??
Hello!! Kali nie saya kembali dengan eksperimen
udara lagi.. Orait..
Macam biasa, sebelum kita mulakan eksperimen kenala jawab soalan saya
dulu..Soalannya..
* Bekas yg kosong jangan
disangka tiada apa-apa. Betulkah?? Mesti korang semua fikir salah kan.. Dari segi
logiknye bekas dah kosong, kosongla kan..Mana ade apa-apa pun..Tapi jawapan
sebenarnya ialah betul!!Walaupun bekas tu kosong tapi ianya mengandungi udara!
Ini adalah kerana salah satu sifat udara ialah memenuhi ruang..Walaupun ia
tidak boleh dilihat, tetapi udara sebenarnye ada. Kita
ada cara untuk mengetahui kehadirannya. So, bersiap sedialah dengan "Kot
Makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. Sebab kita semua akan
masuk ke dalam makmal saya!! Mari kita mulakan eksperiman!!
Mula-mula, anda perlukan bahan-bahan mengikut gambar yg tertera di
bawah:* Besen yg dipenuhi
air. *Gelas yg lutsinar. *Sapu tangan kecil. Itu
sahaja!!
Setelah korang sediakan
bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti
gmbr yg tertera di bawah:1) Letakkan sapu tangan pada dasar gelas lutsinar.
Pastikan sapu tangan melekat kukuh di dasar gelas.
Langkah kedua: Telangkupkan
gelas dengan mulutnya ke bawah.
Setelah korang
lakukan langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4: Keluarkan
cawan daripada air dengan mulutnya masih menghadap ke bawah.
APAKAH YANG AKAN TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg
terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!! SAPU TANGAN ITU
MASIH KERING!!
Mengapa sapu tangan itu
masih kering walaupun telah dimasukkan ke dalam air??
Ini adalah kerana ada udara di dalam gelas tersebut. Udara menghalang air
masuk ke dalam gelas dan membasahi sapu tangan.Hebat kan udara nie..
Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari
ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah
mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye
di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!
SUPER KANJI!!
Hello!!Hari nie saya kembali dengan eksperimen yg amat menarik!!Hari nie kita akan mengkaji tentang Kanji! Ok...Sebelum saya bagitau korang semua apa itu Kanji? Jawab soalan saya dulu,soalannya...*Bolehkah sesuatu menjadi pepejal dan cecair pada masa yang sama? Bunyi macam mustahil je! Apa pendapat korang?ok, saya nak korang simpan jawapan masing2 dalam otak okeyh.. Kanji ialah bahan karbohidrat kompleks yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis. ..Sebenarnyakan kanji ialah jawapan untuk soalan di atas..Mesti korang tak percaya kan..ok..untuk membuktikan bahawa saya betul..Ikuti eksperimen ini!! So, bersipa sedia dengan "Kot makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda..sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!Mari kita mulakan eksperimen! Mula-mula, anda perlukan bhn2 seperti yg tertera di gmbr di bawah: 1.Tepung jagung.2.Cawan penyukat.3.Senduk.3.Mangkuk besar.Itu sahaja!
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Letakkan satu cawan tepung jagung di dalam mangkuk besar.
Langkah kedua: Tambahkan 1/3 cawan air.
Manakala,langkah ketiga pula ialah: Campurkan campuran sehingga pekat. Tepung jagung adalah pepejal. Manakala, air adalah cecair. Adakah korang semua fikir campuran akan menjadi pepejal atau cecair?
*Kalau korang nak tambahkan pewarna makanan pon boleh..Macam saya, saya letak warna hijau..Kemudian, korang kacau sehingga rata..
Setelah korang lakukan langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4: MASA UNTUK BERMAIN!! Tapi, pastikan korang main di luar makmal/rumah anda..
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Letakkan satu cawan tepung jagung di dalam mangkuk besar.
Langkah kedua: Tambahkan 1/3 cawan air.
Manakala,langkah ketiga pula ialah: Campurkan campuran sehingga pekat. Tepung jagung adalah pepejal. Manakala, air adalah cecair. Adakah korang semua fikir campuran akan menjadi pepejal atau cecair?
*Kalau korang nak tambahkan pewarna makanan pon boleh..Macam saya, saya letak warna hijau..Kemudian, korang kacau sehingga rata..
Setelah korang lakukan langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4: MASA UNTUK BERMAIN!! Tapi, pastikan korang main di luar makmal/rumah anda..
WOW!Korang semua dapat lihat kan bagaimana super kanji beraksi!
MENGAPA SUPER KANJI INI TERLALU SUPER?
Ini adalah kerana seperti yang kita lihat, campuran tadi hanyalah cecair - ia hanyalah air dengan serbuk terapung di atasnya. Walau bagaimanapun, apabila anda memukul, molekul air terpaksa ke tengah-tengah setiap sebutir serbuk, jadi campuran adalah kukuh.
Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!
Isnin, 14 Disember 2015
WAHAI MAMBANG UDARA!! KEJAP PANAS..KEJAP SEJUK..
Hello!!Hari nie
saya kembali dengan eksperimen yg amat menarik!!Hari nie kita akan mengkaji
tentang udara..ok, macam biasa sebelum kita mulakan eksperimen..mestilah kena
jawab soalan saya dulu... *Soalannya: Apabila panas, udara mengembang..Apabila sejuk, apa yg
berlaku??Senangkan soalan kali nie..PANAS=Mengembang.. SEJUK=???..Mengembang
lawannya MENGECUT..Itula jawapannya..Eksperimen kali nie kita akan lihat udara
mengecut!!Tapi..macamana kita nak lihat udara mengecut, udara pun kita tak
boleh lihat...inikan pulak nak tgk udara mengecut..Betul tak??Memangla dri segi
logiknye mmg tak blh nk tgk udara tu mengecut..tp apabila udara mengecut ia
meninggalkan kesan kpd objek lain..so,kita blhla lihat..Jadi sekarang,,bersiap sedia dengan
"Kot makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. sebab kita
semua akan masuk ke dalam makmal saya!!Mari kita mulakan eksperimen!!
Mula-mula,anda perlukan bahan-bahan mengikut gmbr yg tertera
di bawah :*Botol plastik kosong(dengan penutup).*Beg plastik.*Benda yg berat(seperti kayu penggelek
roti).*Beberapa kiub ais.. Itu sahaja!!.'
Setelah
korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat eksperimen!!ok..Langkah
pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1) Masukkan kiub-kiub ais ke dalam beg
plastik.
Langkah kedua: Tumbuk kiub-kiub ais
menggunakan benda yg berat hingga menjadi ketulan-ketulan kecil.
Manakala,langkah ketiga pula ialah: Masukkan
ketulan-ketulan ais tadi ke dalam botol plastik dan ketatkan penutupnya.
Setelah korang lakukan langkah yang ke-3,
teruskanla dgn langkah yg ke-4: Goncang botol beberapa kali dan letakkan di
atas permukaan rata. Biarkan seketika.
( Lengan adik saya..Dia excited nak
menggoncang,,hehe)
APAKAH YANG AKAN
TERJADI??!!
Untuk mengetahui apa yg terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!!BOTOL ITU MENJADI KEMEK!!
Mengapa botol plastik itu mengemek??
Ini adalah kerana udara
yg berada di luar menolak dinding luar botol ke dalam. Ketulan-ketulan ais di
dalam botol menyejukkan udara dan menyebabkan ia mengecut. Tekanan udara di
dalam botol menjadi kurang. Tekanan udara di luar botol yg lebih kuat menolak
dinding botol hingga kemek ke dalam..
Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di
rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen
dan pd yg ade soalan bolekla tanye di ruangan komen..ok sampai sini
sahaja!BYE!!!
Isnin, 7 Disember 2015
TERAPUNGLAH!!
Hello, buat kali yg ke-2!Di sini saya nak
tunjukkan pada kawan-kawan semua tentang eksperimen sains yang baru sahaja saya
buat sebentar tadi..Hope u guys like it!!
*Satu soalan sebelum saya tunjukkan eksperimen tersebut..Soalannye: "Bolehkah klip kertas terapung di atas permukaan air?? " Saya pasti jawapan yg berada di minda anda adalah TIDAK sama sekali!! Memangla,dri segi logiknye, klip kertas diperbuat drpd besi..So, mestilah tak terapung!!Tetapi..di dalam eksperimen ini saya akan buktikan bahawa klip kertas itu sebenarnye boleh terapung!!So, bersiap sedia dengan "Kot makmal" dan juga "Kaca keselamatan" anda.. sebab kita semua akan masuk ke dalam makmal saya!!Mari kita mulakan eksperimen!! Mula-mula,anda perlukan bahan-bahan mengikut gmbr yg tertera di bawah :*Bekas berisi air paip.*Tisu dapur.*Gunting.*Klip kertas.*Pensel. Itu sahaja!
Setelah korang sediakan bahan-bahan tersebut, bolehla mula buat
eksperimen!!ok..Langkah pertama sprti gmbr yg tertera di bawah:1)Potong secebis
kertas dapur berukuran 2x5 cm dengan gunting.
Langkah kedua: Ambil
bekas yg berisi air dan jatuhkan tisu dapur yg telah digunting td ke permukaan
air dengan berhati-hati.
Manakala,langkah ketiga pula ialah: Letakkan klip kertas secara melintang
di atas tisu dapur tersebut dengan perlahan-lahan.
Setelah korang lakukan
langkah yang ke-3, teruskanla dgn langkah yg ke-4:Gunakan pensel untuk menekan
tisu dapur perlahan-lahan sehingga ia tenggelam.
Untuk mengetahui apa yg
terjadi..lihatla paparan ini..
WOW!!KLIP KERTAS ITU TERAPUNG!!
Mengapa klip kertas itu terapung?
Ini adalah kerana permukaan air berada
dalam keadaan tegang. Keadaan tersebut berupaya menolak klip kertas ke atas.
Daya yg boleh mengapungkan objek kecil dan ringan dipanggil TEGANGAN PERMUKAAN.
Jadi,itu sahaja eksperimen untuk hari
ini!!Jangan lupa untuk mencubanye di rumah tau!!Klu rakan-rakan sudah
mencubanye di rumah bolehla tinggalkan komen dan pd yg ade soalan bolekla tanye
di ruangan komen..ok sampai sini sahaja!BYE!!!
PENGENALAN
Hello, nama saya Atiqah.Tapi, kadang-kadang saya juga dikenali
sebagai AMY. So, kepada rakan-rakan yang masih tak
kenal saya. Sekarang, korang dah kenal!Tujuan saya buat blog nie adalah kerana
*Saya lihat
ade kawan-kawan di sekolah saya yang miliki blog sendiri, jadi saya pun mencuba
untuk membuat blog. Jadi, itula sebabnye!!Dalam blog nie, saya akan
tunjukkan pada korang semua, eksperimen2 sains yang korang sendiri boleh try
kat umah..Lagipun, klu saya boring kat umah, sye msti akn buat
eksperimen..okla, tu je nk saya coretkn untuk hari nie.. Bye!!
Langgan:
Catatan (Atom)